Test Footer

Halaman

Ahad, 22 September 2013

Letak Button Back To Top

Meletakkan button 'back to top' biasanya digunakan untuk blogger yang kebiasaannya mempunyai entri yang panjang, ataupun entri blog tersebut sentiasa mempunyai komen yang banyak atau mungkin juga sebagai penyeri agaknya.:)
anda boleh melihat contoh back to top button di blog demo ini.

Walaupun terdapat pelbagai cara yang agak advance dengan kesan yang lagi hebat-hebat, tetapi entri ini akan menunjukkan cara yang paling ringkas untuk meletakkan button back to top ini. Tidak perlu pening kepala kerana ia hanya menggunakan beberapa step sahaja.:)

Berikut adalah tutorial untuk meletakkan button back to top dalam blog.

1. Login akaun blog anda, kemudian dari dashboard > design > add a gadget > html/javascript

2. Paste kod di bawah ke dalam ruangan html/javascript

Masukkan url gambar dengan url gambar 'arrow back to top' anda.

Disini ada beberapa jenis arrow diletakkan, hanya untuk memudahkan. Tetapi jika anda ingin mencari pelbagai lagi jenis back to top arrow, anda Google sahaja.

http://img338.imageshack.us/img338/9871/2evyotw.gif

http://img132.imageshack.us/img132/5848/totopbutton.png

http://img175.imageshack.us/img175/7297/up3.png

http://img28.imageshack.us/img28/2494/30720265.png

http://img529.imageshack.us/img529/1986/96133335.png

http://img294.imageshack.us/img294/9831/14193731.gif

3. Apabila selesai save dan lihatlah hasilnya.:)
Read more ...

Scroll Box untuk Widget

Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog.

Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.
cara buat scroll box

Scroll box ini juga sesuai dengan apa sahaja widget yang anda mahu.:) Antara widget yang sesuai menggunakan scroll box ini adalah Mister Linky. Ini kerana jika jumlah pengunjung yang meletakkan url adalah banyak, ruang yang digunakan juga akan bertambah.

Secara ringkasnya, apa sahaja widget yang guna kod HTML boleh guna cara ini untuk jadikannya scroll.:)

Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)

2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.

Letakkan kod widget anda disini

Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki

3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya..

Senang bukan..:)
Read more ...

Disable Highlight Entri Blog

Sesetengah orang mungkin agak tidak senang bagi sesiapa mengambil hasil entri dalam blog mereka. Antara cara yang digunakan untuk mengelakkan entri atau kandungan dalam blog di'ambil' adalah dengan disable right click atau disable highlight.

Tutorial untuk disable right click sudah pun ada sebelum ini, dan kali ini tutorial adalah untuk disable highlight text dalam blog.

Ikuti tutorial mudah seperti di bawah.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Masukkan kod di bawah dalam ruangan HTML/javascript

3. Save dan lihat hasilnya..:)

TIPS:
Untuk kesan yang lebih baik, letakkan/drag HTML atas ruangan blog post. Ini akan membuatkan kod disable highlight ini 'dibaca' dahulu sebelum entri.:)

Read more ...

Jumaat, 20 September 2013

Letak Ruangan Komen Di Bawah Entri.

Meletakkan ruangan komen di bawah entri dapat memudahkan pengunjung sesebuah blog untuk menghantar komen pada entri yang ditaip.
Letak Ruangan Komen Di Bawah Entri.

Secara asasnya, blogger sudah menyediakan cara mudah untuk membolehkan sistem komen dalam blog anda muncul seperti ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah enablekan sistem komen ini cara berikut.

1. Login akaun blogger anda, dari dashboard> settings>comments
Pada comments form placement, pilih 'embedded below post'

2. Save setting dan lihat hasilnya..

JIKA tidak berjaya.

3. Klik pada layout>edit html>Expand widget templates
4. Backup template anda dengan klik 'download full template'.

5. Tekan ctrl + F untuk mencari kod dibawah.

<b:include data='post' name='comments'/>

6. Letakkan kod ini dibawah kod yang anda jumpa pada langkah 5.

<b:include data='post' name='comment-form'/>

7. Save template anda dan lihat hasilnya.

Read more ...

Khamis, 19 September 2013

Popular Post Dalam Blog (berdasarkan page view)

Sebelum ini sudah ada tutorial untuk widget popular post berdasarkan komen terbanyak yang terdapat dalam sesebuah entri. Untuk kali ini, tutorial adalah untuk memasukkan popular post berdasarkan kepada jumlah bilangan page view bagi sesebuah entri.

Widget ini agak simple, diambil dari foxrecord.com. Widget ini akan berfungsi serta merta sebaik sahaja kod diletakkan di blog.

Tutorial untuk meletakkan widget ini adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Masukkan kod berikut ke ruangan HTML/javascript(tidak perlu ubah apa-apa)

3. Save dan lihat hasilnya. (anda mungkin perlu klik pada 3/4 link dalam blog anda untuk ianya terus berfungsi)

Note:
1:Jumlah popular post yang ditetapkan hanya 5.
2:Post terus diletakkan berdasarkan ranking tanpa memaparkan bilangan page view.

Selamat mencuba.:)
Read more ...

Letak Widget Popular Post Dalam Blog

Anda menaip blog, tetapi adakah anda tahu dalam banyak-banyak entri yang anda ada, entri manakah yang paling popular.? Entri manakah yang mempunyai komen paling tinggi.? Tentu sukar untuk menentukan apatah lagi jika anda sudahpun mempunyai entri sehingga mencapai ratusan.:)

Tutorial kali ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk meletakkan popular post( atau anda boleh panggil dengan nama lain) pada blog anda. Widget popular post ini adalah berdasarkan bilangan komen yang ada pada entri, bukannya berdasarkan page view. Dan semestinya tutorial ini adalah mudah sahaja.:)

1. Login akaun anda, dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Dalam ruangan HTML/javascript, masukkan kod di bawah.

Get this widget here

Note:
-tukarkan URL BLOG dengan nama blog yang anda guna
-maxshowresult=5; tukarkan 5 dengan bilangan popular post yang anda mahu

3. Save dan lihat hasilnya..:)
Read more ...

Isnin, 16 September 2013

Animated Recent Post Ver2

Recent post menunjukkan apakah post terbaru yang baru dihasilkan oleh seseorang blogger untuk blognya. Adanya animated recent post widget, dapat menambahkan lagi 'seri' bagi senarai recent post anda.

Anda boleh lihat demo animated recent post ver2 ini di blog demo ini.

Tutorial untuk membuat animated recent post ini adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang anda buka.

get this widget here

3. Save dan lihat hasilnya.

p/s: Sebelum ini admin juga ada buat tutorial animated recent post ver1.
Read more ...

Animated Recent Post Ver1

Update: Bagi sesiapa yang menghadapi masalah background widget ini tunjuk 'bandwidth exceed", boleh copy semula kod dibawah, dan masukkan semula url anda..

Kesulitan dikesali.

Meletakkan animated recent post widget dapat men'stail'kan lagi cara paparan recent post yang ada pada blog anda. Contoh recent post widget adalah seperti berikut.

(tunggu page habis load utk tengok pergerakan, pergerakan sebenar adalah lebih perlahan dan lancar)

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan widget ini.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. copy code berikut dan paste di ruangan HTML/javascript

get this widget here

Note: gantikan URL BLOG dengan url blog anda..

3. Save dan lihat hasilnya.

PERHATIAN: Didapati tidak semua template blog 'boleh masuk' dengan widget ini. Kemungkin sebahagian besar boleh menggunakan widget ini. Oleh itu anda boleh mencuba dahulu samada boleh guna atau tidak untuk blog anda. Masih belum jumpa penyelesaian untuk itu.

Harap blog anda boleh menggunakan widget ini.
Selamat mencuba.:)
Read more ...

Ahad, 15 September 2013

Disable Right Click

Adakah anda tidak suka orang lain mengambil apa sahaja kandungan dalam blog anda.?
Dan pada masa yang sama anda tidak suka dengan kod² yang berserabut yang perlu di edit dalam 'edit html'. Kini ada cara mudah untuk realisasikan hasrat anda.:)

Kenapa Perlu Disable Right Click.?
Kebiasaannya,seseorang pemilik blog akan menggunakan fungsi ini untuk megelakkan orang lain mengambil apa yang ada dalam blog mereka. Samada tidak senang ayat mereka ditiru bulat² (copy paste), ataupun untuk mengelakkan bandwidth habis digunakan. Kebiasaan alasan yang aku selalu baca adalah kerana ada orang yang copy entri mereka bulat².

Berikut adalah contoh msg yang akan keluar apabila anda aktifkan disable right click
Disable Right Click dalam blog

Berikut adalah cara yang mudah untuk menggunakan fungsi ini.

1. Copy kod ini.

2. Paste pada "HTML/javascript" dalam blog anda.
Dashboard >Layout>Add a Page element >html/javascript.

Apabila sudah siap, save dan lihat kesannya pada blog anda.:)
Read more ...

Tutorial Hilangkan Navbar Pada Blog

Navbar berperanan untuk memudahkan blogger kembali kepada link² tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa pengubahsuaian yang dilakukan yang menyebabkan kehadiran navbar ini sedikit menyemakkan.:). Jadi tutorial kali ini akan menunjukkan cara untuk hilangkan navbar pada blog anda.

Antara pengubahsuaian yang menyebabkan navbar ini tidak diperlukan adalah tutorial letakkan button follow dan dashboard dalam blog.

Tutorial untuk hilangkan navbar adalah seperti berikut.
Terdapat 2 cara, anda boleh pilih mana yang bersesuaian dengan blog anda.

CARA 1:

1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Dengan menggunakan fungsi Find ( ctrl + F), cari 'navbar'
(hasil cari biasanya samada navbar-iframe atau navbar sahaja)

3. Dari kod yang ada di bawah navbar,
Tukarkan 'display:block' kepada 'display:none'

contoh:

4. Save dan lihat hasilnya.

CARA 2:

Nota: Cara kedua digunakan jika anda tidak mempunyai 'navbar' dalam 'edit HTML' blog anda.

1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Dengan menggunakan fungsi find ( ctrl + F), cari kod body {

3. Copy dan paste code berikut SEBELUM code body {

#navbar-iframe {
display: none ;

contoh:

4. Save dan lihat hasilnya.:)

Read more ...

Letak Facebook Share Button dalam Blog

Penggunaan button share dalam blog untuk web sosial facebook dapat memudahkan para pengunjung sesebuah blog berkongsi apa yang disukai kepada kawan-kawan di facebook.
Letak Facebook Share Button pada Blog

Dengan hanya beberapa klik sahaja, ianya sudah siap sedia untuk dikongsi di profile facebook. selain itu penggunaan facebook share button ini dapat manarik lebih ramai pelawat ke sesebuah blog.

Contoh penggunaan facebook share button (selain blog ini) adalah di unwanted86 dan juga ohbest.

Cara untuk memasukkan facebook share button ini adalah seperti berikut.

1. Pilih jenis facebook share button yang anda kehendaki, kemudian copy code yang diberi.

Code untuk Full

get this

3. Save. Itu sahaja dan lihat hasilnya.:)
Read more ...

Tutorial Letak Button Follow dan Dashboard Dalam Blog

Dalam template asal blogger, sudah diletakkan untuk widget follower dan juga dashboard. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan sedikit pengubahsuaian. Tutorial kali ini akan tunjukkancara untuk letak button follow dan dashboard dalam blog seperti gambar di bawah.

Anda juga boleh tengok demo button follow dan dashboard ini di test blog ini.

Tutorial adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang dibuka.
[tidak faham.?]

Nota: Gantikan 'ID BLOG ANDA'

Bagaimana untuk cari ID Blog.?
> Anda klik pada 'new post' dari dashboard, dan akan ada paparan seperti gambar di bawah. Noombor yang admin highlight adalah contoh NO ID BLOG

3. Setelah anda selesai letakkan ID blog anda, save dan lihat hasilnya.:)

Sekian
Read more ...

Ahad, 7 April 2013

Mata Kasar, Mata Nafsu, Mata Iman

Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.
MATA KASAR
Apabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.
MATA NAFSU
Apabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastik dan sebagainya.
Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

MATA IMAN

Apabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman.
Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara. Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini?
Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti. Syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini, balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi... nauzubillah... apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi?
Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu?

Apa yang patut kita buat semasa kehidupan yang sementara di dunia ini?Jawapannya semua ada di dalam al-Quran, iaitu:
• Jika dia seorang anak, dia akan menjadi anak yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibu bapanya. Tidak lupa sentiasa berdoa untuk ibubapa samada ibubapa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
• Jika dia seorang ibu/ayah, dia akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan mendidik mereka tentang ilmu, mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah. Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa tanpa rasa keluh kesah. Memasak, menjaga rumahtangga dengan hati yang ikhlas dan tenang.
• Jika dia seorang suami, dia tidak akan berlaku zalim kepada isterinya dan mendidik isterinya dengan baik dan penuh kasih sayang. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan cara yang terbaik.
• Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami yang tercinta, taat dan menghormati suami. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cara yang terbaik.
• Jika dia seorang pekerja, dia akan berusaha untuk melakukan yang terbaik di dalam usaha kerjanya tanpa seberang kebencian dan rasa tidak puas hati kepada orang atasan.
• Jika dia seorang kawan, dia akan selalu bercakap bersopan dengan kawan-kawannya tanpa cuba menyakiti hati kawan, tidak akan menabur fitnah dan mengumpat kawannya tanpa jemu. Dia akan menegur rakannya jika rakannya menyimpang dari jalan yang benar. Hasratnya adalah supaya dia dan rakannya akan bersama-sama terselamat daripada seksaan neraka di alam yang kekal abadi.
• Dan yang paling UTAMA, dia akan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur, mengharapkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dengan rasa khusyuk, ikhlas kerana apa yang paling penting dalam hidup insan ini adalah mendapat kasih sayang, rahmat dan redha daripada Allah.
• Sesungguhnya tanpa rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Esa sesungguhnya jadilah kita tergolong dalam hamba-hamba yang rugi. Setiap perlakuannya sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah dan dengan itu merasa takut untuk melakukan dosa. Mementingkan Allah daripada segala-galanya. Tidak culas untuk bersolat di awal waktu, bersolat sunat, berqiamulail dan sebagainya.
Namun, memang sifatnya manusia kekadang terlupa dan terdengar pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Jika sudah tersedar dari kesilapan, maka beristighfarlah kepada yang Maha Esa untuk mengampuni dosa-dosa kita. InsyaAllah, jika kita memohon ampun dengan hati yang tulus ikhlas, Allah yang pengasih dan penyayang akan mengampuni dosa-dosa kita.Rasullah s.a.w. yang maksum pun beristighfar paling kurang 100 kali sehari; jadi kita sepatutnya lebih kerap lagi beristighfar. Jika kita lalai dari beristighafar dan memohon ampun daripada Yang Maha Esa, hati kita yang berbuat dosa akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Jika titik hitam sudah memenuhi hati kita, hati kita menjadi buta.Hati yang buta teramat bahaya kerana sinar kebaikan dan sinar hidayah akan susah menembusi hati tersebut. Akibatnya, jika orang mengajak kita membuat kebaikan, memberi nasihat, hati kita akan mencemuh dan membenci perkara kebaikan lagi.
• Dunia ini sementara adalah pasti.
• Hidup kita di dunia sudah pasti akan mati.
• Akhirat itu pasti.
• Syurga dan neraka itu pasti.
Lalu adakah kita mengambil langkah yang sepatutnya untuk perkara yang pasti itu? Renung-renungkan.

Sumber : sini
Read more ...

Aku Ingin Menjadi Baik

"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.

KEINGINAN UNTUK BERUBAH
Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,"Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."

BERSYUKUR

Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.

Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.
Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!
Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?
HIDAYAH NALURI
Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.
HIDAYAH AGAMA
Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.

HIDAYAH TAUFIK
Yang terakhir ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.Hidayah pula diturunkan dalam dua cara iaitu hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah ataupun sesiapa sahaja. Contohnya hidayah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad agar membimbing umatnya beriman kepada Allah. Namun, hidayah taufik ini tidak mampu diberikan oleh makhluk tetapi hanya Allah yang berkuasa. Ia tiada pada Nabi Muhammad walaupun baginda adalah seorang Rasul sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 56 yang bermaksud,"Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."
Adapun ciri-ciri orang yang sudah mendapat hidayah, mereka hebat beribadat seperti melakukan solat fardu dan sunat, mengeluarkan zakat dan rukun Islam yang lain, sentiasa memperuntukkan waktu untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT selain mengerjakan keperluannya di dunia. Mereka ini tidak mampu melupakan Allah walau sesaat kerana begitu takut akan pembalasan di hari akhirat nanti. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan agar tidak ditarik balik hidayah pemberian Allah.
Biarpun hidayah itu adalah pemberian Allah tetapi tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu ia datang kepada kita. Hidayah perlu dicari dan boleh diusahakan jika kita benar-benar inginkannya dengan memohon kepada Allah. InsyaAllah, kita pasti akan diberikan hidayah.

Sumber : sini
Read more ...

Khamis, 28 Februari 2013

Harga Sebuah Cinta

Pernah, satu masa, seorang Badwi menjadi mulia. Sang Nabi S.A.W. mengagih-agih harta rampasan perang dan Sang Badwi itu menolaknya. Katanya, aku tidak berjuang untuk semua emas dan perak. Jerihnya bukan untuk disanjung, susahnya bukan mahu didokong.
Sambil menunjukkan ke lehernya, katanya, "Aku hanya berjuang agar anak panah musuh dibenam dalam tengkukku ini, duhai Rasulullah."
Jelas. Tegas. Ikhlas.
Jawab Rasulullah S.A.W, "Kalau itu yang kamu mahu, moga Allah sampaikan hasratmu."
Kemudian terjadilah lagi peperangan. Berjuanglah para Mukmin mencari syahid, mencari syurga tertinggi langit. Syahadah, yang menjadi janji dengan Allah kini ternampak kesannya. Di medan tarung itu menjadi ramailah manusia yang percaya dan memuncak cintanya.
Seusai jihad, Muslimin mencari Sang Badwi. Ternyatalah telah tembus anak panah musuh di tengkuknya. Badwi telah syahid, terjumpa syurga tertinggi langit. Manusia-manusia yang tercelup dengan celupan Allah itu luar biasa.
Cintanya mendasar dalam dan rindunya memusat dendam. Dia bercinta dengan Tuhan, dan cintanya sangat dahsyat. Merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupannya, dan merindui Allah pada waktu lupanya. Di saat-saat susah dia mencari Allah. Pada waktu-waktu bahagia dia memuji Yang Maha Kaya.
Firman-firman Allah S.W.T, penguasa sekalian manusia,
“Celupan Allah yakni agama Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.” (Al-Baqarah:138)
"Dan di antara manusia yang menyembah Tuhan selain daripada Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman itu sangat besar cinta mereka kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya milik Allah, dan bahawa Allah sangat berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al-Baqarah:165)
Dan menjadi resam, setiap yang bercinta itu berkorban. Kau sudah tahu cerita Taj Mahal dan Shah Jahan. Kini aku mahu berkisah tentang seorang sahabat namanya Mus'ab bin Umair. Sebelum Islam, beliau pembuat hati menjadi cair. Terlalu tampannya Mus'ab, sehingga para gadis tergila-gilakannya. Popular. Kaya. Dia yang paling ideal, paling sempurna.
Setelah beliau memeluk Islam, beliau syahid di medan Uhud. Saat dia mahu dikapankan, kainnya tidak cukup panjang. Ditutup kepalanya terdedah kaki. Ditutup kaki terdedah kepala. Lantas ditutup kepalanya dan diambil daun-daun kering untuk menutup kakinya.
Itu harganya cinta, teman. Cinta untuk Tuhan. Oh, apa sahaja yang sanggup aku dan kau korbankan? Bila pula kali terakhir aku dan kau meredam cinta-cinta yang memberhala di jiwa, selain cinta dengan Allah? Ujar para pentafsir, celupan Allah itu agama.
Ayuh, kita beragama. Menjaga solat yang lima. Istiqamah dalam membaca al-Quran. Khusyuk dalam rukuk. Menghamba di dalam sujud. Membasah lidah dengan zikrullah. Mencari teman-teman pengingat Allah. Menjadi sibuk dengan kuliah-kuliah. Berdoa, penuh mendesah. Tahajjud, menghapus salah. Dalam jutaan warna yang boleh kau corakkan jiwamu, warnakanlah dengan celupan Allah Yang Satu. Moga akhirnya mati sebagai pemenang.

Admin

Read more ...

Random Post